AznizamAzmi

Jurufoto Kampung

Month: February, 2009

Kejohanan Olahraga SMK Mengkarak 2009

Salam,
Buka shj sekolah awal tahun semua cikgu2 sibuk dgn sukanĀ  dkt sekolah. Kadang2 meqelop baru balik ke rumah. Sebab apa? sebab nak melahirkan atlet utk sukan olimpik 2012 kat London nanti. hehehe. Cuaca sekarang tengah kamarau, bila duduk kat padang yang panas lit-lit memang dah bertukaq warna sekarang nie.

Mesti kita teringat waktu sukan sekolah dulu, ada yg bersemangat semua acara nak bolot kat dia, ada yang malas berlari, sapa yang badan besar tak lain tak bukan mesti kena ambik acara lontar peluru & lempar cakera. Kalau rumah sukan pulakĀ  mesti nama warna Hijau, Merah, Biru & Kuning. Tapi sekarang nie pun warna masih memainkan peranan penting cuma nama rumah sukan sahaja yg diubah contohnya rumah sukan kat SMKM nie Helang, Merak, Bayan & Kenari. Go Bayan Go.. hehehe. Korang ingat lagi tak nama rumah sukan korang semasa sekolah dulu????

Macam biasa kat SMK Mengkarak nie muhibah Melayu, Cina, India & Orang Asli (OA). Macam2 ragam boleh tengok, budak OA kuat berlari, budak India long distance, budak Cina jadi PBSM, budak Melayu acara pecut & lompat-lompat.

Pra Sukan Sebelum Hari Kejohanan Olahraga SMKM 2009
18-19 Februari 2009

smkmsmkm
smkmsmkm
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Hari Kejohanan Olahraga SMK Mengkarak 2009
21 Februari 2009

smkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkm

Johan keseluruhan bagi tahun ini adalah rumah Helang, ke-2 Bayan, ke-3 Kenari & ke-4 Merak. Tahniah Helang, tahun depan Bayan rampas semula.

Wassalam

Kamus Loghat Kedah
megelop = senja, waktu maghrib
panas lit-lit = panas sungguh, panas terik

Aznizam Azmi | senseizam
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Bera

Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Bera, Pahang. 5 Februari 2009

beraberaberaberaberaberabera

Syukur penduduk-penduduk Bera akan dpt hospital baru, tak perlu lagi nak ke Hospital Temerloh. Kebetulan aku bawa budak2 Kelab Giat Budaya buat persembahan cak lempong depan Sultan Pahang. Sambil menguruskan budak2 tu sempat lg ambik gambar buat kenangan budak 2 tu dgn sultan Pahang.

Aznizam Azmi | senseizam
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Ayen & Ema | Temerloh

temerloh
temerlohtemerlohtemerlohtemerloh

My first tag along with Kerulala dkt Temerloh. Byk jugak yang dpt belajar dari Kerul, byk lagi ilmu fotografi nak kena aku dptkan kat aok Kerul. Thank Kerul & pengantin yg best Ayen & Ema walaupun baru kenal sanggup berposing hingga ke ptg. Any critic & comment amat diperlukan… Salam

Aznizam Azmi | senseizam
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Aleesya Husna

aleesya
aleesya

Alhamdulillah, syukur coretan pertama aku dlm blog ini. Pejam celik aleesya dah berusia 6 bln, dah pandai meniarap dah pun, tapi nak pusing balik tak reti2 lagi. hehehe Senyumannya, tangisannya, rengekkan membuat aku tenang dgn keletahnya. Waktu yg paling Aleesya suka ialah waktu mandi, seronok sgt dia, sampai mama dia nak mandikan susah.

Dalam bulan 2 nie petang baru Aleesya jumpa abah & mamanya. Abah & mama kena tingallkan aleesya kat rumah pengasuh, biasalah awal2 tahun macam nie apa lagi sibuk dgn sukan sekolah. Kesian anak abah. Tapi sebelah petang abah dah bawak aleesya jln2 pusing taman naik stroller. Orait tggu entry seterusnya nanti… salam

Aznizam Azmi | senseizam
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam