AznizamAzmi

Jurufoto Kampung

Month: May, 2009

Sambutan Hari Guru SMKM 2009 | 18 Mei 2009

Salam.

Syukur Alhamdulillah tahun aku sempat sambut hari guru kat sekolah. Dalam perhitungan aku sudah 3 tahun aku tak menyambut hari guru kat sekolah kerana kebetulan tarikh tersebut aku menghadiri kursus.

Kali ini sambutan hari guru peringkat sekolah di uruskan oleh PERTINAM (Persatuan Tingkatan Enam). Pelbagai aktiviti di adakan antaranya perhimpunan membaca watikah ucapan hari guru, sukaneka, perlawanan bola sepak & bola jaring antara pelajar dan guru, serta persembahan oleh pelajar dan guru. Tak byk gambar yang dapat aku ambil. Untuk bekas2 pelajar dan anak murid SMK Mengkarak layan lah gambar2 cikgu hang pa semua masa sekolah dahulu. Ingat lagi ka tak , tak tau la.

hariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguruhariguru

p/s : Terima Kasih kepada anak murid yg sudi menghantar sms terutama Asilah, Furqhan, Rafeah, Atan, Hilmi, Amy, Noorain & dll. Tak lupa kepada yg sudi mengucapkan Selamat Hari Guru. Khas untuk kawan-kawan layan lagu nieĀ  duluĀ  Berita Kepada Kawan oleh Ebit g ade, sebuah lagu yang bait-baitnya puitis dan hayatilah keindahannya.

Wasalam

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Advertisements

Detik Tiba Hari Guru

Salam,

Alhamdulillah, aku selamat sampai di rumah setelah 5 hari berkursus di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland bermula 11-15 Mei 2009. Awalnya dalam hati duk rasa lama sgt berkursus sampai 5 hari. Tapi 5 hari sat ja rasa. Banyak ilmu2 baru & tip2 yg berguna aku dapat hasil dari Kursus Pengendalian Perkakasan & Rangkaian Komputer. Terima Kasih kepada JU dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK).

Bahagian A

1.Bilakah perayaan Hari Guru disambut?
A. 16 Mei 2008
B. 15 Mei 2009
C. 16 Mei setiap tahun
D. Setiap hari adalah hari guru

2.Apakah tema perayaan Hari Guru pada tahun ini?
A. Guru Pembina Negara Bangsa.
B. Guru Cemerlang Negara Terbilang
C. Guru Pemangkin Negara Bangsa
D. Guru Pendidik Negara Bangsa

Bahagian B

Arahan : Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Ng Yoke Mei menghadiahkan ___________ kamera DSLR Nikon D90 bersama-sama kit lens 18-105mm kepada gurunya pada hari guru.
2. Amirul memberi __________ rotan kepada gurunya sebagai hadiah hari guru.

Soalan Tamat

5pa

Puas aku godek2 cari gambaq lama masa sambutan hari guru kat sekolah. Tapi tak jumpa2, tang mana aku letak tak tau la. Gambaq Kenangan dgn geng kelas 5PA tahun 2007 ni yang aku jumpa.

Dah nak masuk 6 tahun aku jadi cikgu dari budak tingkatan 1 dia membesar depan aku sampai la tingkatan 6 atas. Habis SPM & STPM ada yg masuk U ada yang dah kerja dan ada yang dah kawin awal dari aku.hahaha. Sungguh pantas masa berlalu. Untung jugak aku waktu ni anak murid dah kerja urusan aku lebih pantas. Sebab apa? Urusan Bank, anak murid aku kerja bank dia tolong uruskan. Nak bayar bil kat pejabat pos, anak murid aku kerja kat sana bagi ja kat dia, selesai. Nak pi klinik ambik ubat, anak murid kerja kat klinik. Kan mudah. hehehe .Anak murid dah jadi kawan la nie, boleh lepak minum kat kedai sama-sama.hehehe

Namun begitu tidak ada guru yg mahu anak muridnya gagal. Rasa aku semua cikgu di hari guru ini bukan hadiah yang di pinta, tetapi cukup sekadar ucapan selamat hari guru sama ada yg di lafaz dari mulut, di taip dlm SMS ataupun dalam e-mail. Semoga anak-anak murid ku berjaya dan jangan lupa asal-usul diri. Betul kata orang anak murid yang nakal itu, akan lebih mengingati gurunya. Tapi yang baik pun kerap jugak menghubungi cikgunya.

p/s: Selamat Hari Guru utk wife aku Teacher Rosmalia bt Muhammad dan utk cikgu-cikgu SMK Mengkarak.

Wasalam

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Aleesya Husna | 8 bulan

Salam

Alhamdulillah Aleesya dah 8 bln usianya. Semakin hari, semakin bertambah keletahnya. Bila dibawa berjalan itulah yg disukainya. Itulah Anugerah Tuhan Maha Suci Allah Yg Maha Esa.

aleesyaaleesyaaleesya

Semoga Aleesya Husna menjadi anak yg soleh serta dilindungi oleh Allah yg Maha Esa.

Wasalam

Aznizam azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam