Kejohanan Olahraga SMK Mengkarak 2009

by senseizam

Salam,
Buka shj sekolah awal tahun semua cikgu2 sibuk dgn sukan  dkt sekolah. Kadang2 meqelop baru balik ke rumah. Sebab apa? sebab nak melahirkan atlet utk sukan olimpik 2012 kat London nanti. hehehe. Cuaca sekarang tengah kamarau, bila duduk kat padang yang panas lit-lit memang dah bertukaq warna sekarang nie.

Mesti kita teringat waktu sukan sekolah dulu, ada yg bersemangat semua acara nak bolot kat dia, ada yang malas berlari, sapa yang badan besar tak lain tak bukan mesti kena ambik acara lontar peluru & lempar cakera. Kalau rumah sukan pulak  mesti nama warna Hijau, Merah, Biru & Kuning. Tapi sekarang nie pun warna masih memainkan peranan penting cuma nama rumah sukan sahaja yg diubah contohnya rumah sukan kat SMKM nie Helang, Merak, Bayan & Kenari. Go Bayan Go.. hehehe. Korang ingat lagi tak nama rumah sukan korang semasa sekolah dulu????

Macam biasa kat SMK Mengkarak nie muhibah Melayu, Cina, India & Orang Asli (OA). Macam2 ragam boleh tengok, budak OA kuat berlari, budak India long distance, budak Cina jadi PBSM, budak Melayu acara pecut & lompat-lompat.

Pra Sukan Sebelum Hari Kejohanan Olahraga SMKM 2009
18-19 Februari 2009

smkmsmkm
smkmsmkm
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Hari Kejohanan Olahraga SMK Mengkarak 2009
21 Februari 2009

smkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkmsmkm

Johan keseluruhan bagi tahun ini adalah rumah Helang, ke-2 Bayan, ke-3 Kenari & ke-4 Merak. Tahniah Helang, tahun depan Bayan rampas semula.

Wassalam

Kamus Loghat Kedah
megelop = senja, waktu maghrib
panas lit-lit = panas sungguh, panas terik

Aznizam Azmi | senseizam
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam