Saenah & Mamat, Felda Sebertak,Pahang.

Salam,

Alhamdulillah entry kali ini berlangsung di Felda Sebertak, Triang, Pahang. Pasangan kali ini ialah Saenah & Mamat berlangsung dalam cuaca yang mendung dan meriah. Saenah ni merupakan adik kepada kawan aku Zamri (Wak Jam) juga seorang guru. Kali ini aku dh ready plastik takut kalau2 hujan lebat. Majlis berlangsung awal, pukul 8 aku dah gerak ke rumah pengantin sebab akad nikah dijangka pukul 9 pagi dkt Masjid Felda Sebertak. Selesai majlis akad nikah terus kerja amik gambaq kat rumah pengantin pulak. Cuaca yang mendung dan nyaman, tapi aku yang panas & berpeluh jgk la cuba mencari yang terbaik utk pasangan tersebut. Nanti2 kena bawak baju spare… hahaha. Apapun layan la dulu gambaq dari aku yang masih dalam pembelajaran ini…
n
n
n
n
n
n
n
n
n
n
n
c
n

Sebelah petangnya plan nak buat outdoor tapi memandangkan petang hujan & pengantin pun letih jadi terpaksa lah di batalkan. Apapun tahniah kepada pasangan Saenah & Mamat, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga akhir hayat.

wasalam

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Norhayati & Tengku Roslan | Bera, Pahang

Salam,

Hujung2 tahun macam nie dah masuk musim tengkujuh, cuaca pun asyik hujan ja. Tapi alhamdulillah hujung minggu baru2 ni cuaca baik skali, cuma hujan sedikit di sebelah petangnya. Pasangan pengantin kali ini ialah Norhayati & Tengku Roslan di Felda Tementi, Bera, Pahang. Norhayati atau panggilan mesranya Kak Ti seorang Cikgu Bahasa Melayu. Alhamdulillah acara akad nikah & persandingan berjalan dengan lancar n meriah sekali. Ramai sekali sanak saudaranya dari Terangganu & rakan-rakan guru yang datang memeriahkan majlis.

tt
tt
tt
tt
tt
tt
tt
tt

p/s : Terima kasih & selamat pengantin baru kepada kak ti & pasangan.

wasalam

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Makan-makan Mc Donald’s

Salam

Hari sabtu 24 oktober 2009, ada pentandingan bola tampar KSK DUN Guai kat tempat aku. Aku Cg Aznizam, Cg Azran, Cg Azri & Cg Azhar join dengan team budak sekolah aku. kami hantar 2 team, saja seronok2 memenuhi masa cuti hujung minggu. Main punya main tgh2 matahari terpacak, team kami dapat tempat ketiga dan team satu lagi dapat tempat kelima. Alhamdulillah nak di jadikan cerita hadiah disediakan sampai no 5. Jadi campur 2 team tersebutdapat la hadiah duit sebanyak RM300. Apa lagi malam tu lepas saja solat maghrib kumpul budak2 terus pi makan kat Mc Donald Mentakab.

mcd
mcd
mcd
mcd
mcd
mcd
mcd
mcd
mcd
mcd

Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Berapa hari lagi nak exam SPM?

spm
Salam,
Pejam celik dah nak dekat hujung tahun 2009. Minggu nie budak2 PMR tengah bertungkus lumus jawab periksa. Ada yang baru nak baca buku, ada yang baru nak minta cikgu doakan, sebelum pada itu tak nak pulak. Untuk anak murid cikgu doakan, cikgu pakat2 buat solat hajat.

Situasi semasa jawab exam.
Pelajar: “Sulah siap lao shi (cikgu)
Cikgu :”Haiya balu buat sulah siap ka”
Pelajar : “Champion ma. sulah boleh keluar dewan ka?”.

Hai anak2 murid macam itu lah gayanya. Baru jawab 30 minit dah siap. Masuk saja bulan 11 nanti budak2 SPM pulak exam.Berapa hari lagi nak exam SPM? SPM mula 18 November 2009, aok kira sendirilah. Apa pun jawab exam baik2 cikgu dah tolong yang sebaik mungkin.

spm

p/s: Untuk budak2 ICT cikgu doakan semoga berjaya SPM tahun ni. Kita layan dulu video nie, jangan jadi macam hang tuah ni sudah.

Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Salam Aidilfitri

raya

Salam Aidlfitri,
Sempena menyambut 1 Syawal yang bakal menjelma kami sekeluarga memohon keampunan maaf zahir & batin terutama buat keluarga tercinta di Kedah & rakan-rakan yang jauh dimata. Nak hantar kad raya tak sempat. Jimat belanja nak balik beraya kat kampung.. Hehehe

Untuk rakan2 sekerja di SMK Mengkarak kita layan dulu lagu raya daripada Ahmad Jais.. Maaf dipinta sempena hari mulia sekiranya ada ketelanjuran kata semasa bekerja. Maaf zahir dan batin.

p/s: Jangan lupa warga SMKM lepas raya kita buat kenduri sembelih kerbau, stamina kena kuat. hehehe

Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Farid&Reen| Temerloh, Pahang.

Salam,
Menempuh minggu-minggu yg sibuk, menghadiri kursus di Hotel Seri Malaysia Temerloh selama 3 hari berulang alik dari Bera ke Temerloh. Budak form 1,2 dan 4 ada ujian penilaian 3. Lepas nie pulak sibuk budak2 dengan trial exam SPM masa bulan puasa nanti, jadi cikgu pulak sibuk dengan menanda kertas exam. Dalam minggu ini fokus utama ialah siapkan key-in markah kerja kursus SPM 2009 kat LPM. Balik kursus Kerul Shukor ajak ikut dia ada job kat Temerloh. Pengantin kali ini adalah pasangan Farid & Reen. Cuaca panas terik pada mulanya kemudian hujan turun dgn lebatnya, tapi alhamdulillah sebelah petangnya hujan dah kembali reda. Malas cerita banyak2 layan la gambaq yang aku amik haritu.

a
a
a
a
a
a
a
a
a
a

p/s: thank’s kerul bagi aku test guna “mata ikan”, selamat berpuasa kepada semua kwn2 n rakan sekerja di SMK Mengkarak.

wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Aleesya Husna | Selamat Hari Lahir

Lokasi: UPM, Serdang.
10 Ogos 2009

a
a
a
a
a
a
a

Salam,
Alhamdulillah syukur kepada tuhan, pejam celik sungguh pantas masa berlalu Aleesya Husna sudah genap setahun pada 9 Ogos 2009. Semakin hari semakin bertambah keletahnya, senyum, tawa dan tangisnya adalah penyeri dalam kehidupan. Tapi ada hari dia tak nak tidoq sampai 2 hingga 3 pagi.. argghhhhh mengantuknya pi ke sekolah asyik menguap saja.

Semoga Aleesya Husna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Moga makna Aleesya iaitu yang di lindungi tuhan akan sentiasa menjagamu.

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

Amin, Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Hanim&Azmi, Felda Rentam, Triang, Pahang.

Hanim & Azmi
10&11 Julai 2009| Felda Rentam, Triang, Pahang.

Salam,
Syukur selesai tugas aku mengabadikan kenangan manis utk Hanim & Azmi yg bertempat di Felda Rentam, Triang, Pahang. Penat pun tak hilang lagi rasanya, 3 hari berkursus di Cherating, Pahang. Hari Jumaat selesai kursus terus pecut balik ke Bera sebab malam nak ambik gambar akad nikah Hanim & Azmi. Malam akad nikah aku di temani 2 orang rakan ikhwanmuda & nik. Esoknya majlis sanding aku sorang diri. Layan dulu gambar yang tangkap muat dari aku untuk pasangan dari Pahang & Terangganu ini. Kali ini upload byk skit gambar sebab dah lama tak upload.huhuhu

Majlis Akad Nikah | 10 Julai 2009
111111

Majlis Sanding | 11 Julai 2009
11111111

Akhir sekali, tahniah kepada pasangan pengantin Hanim & Azmi, semoga kekal hingga akhir hayat.

Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Hisyam&Midra | Bdr Pusat Jengka, Pahang.

Salam
Buka shj sekolah, hampir seminggu aku berlatih Koir utk Hari Guru Peringkat Daerah Bera. Dah nak muntah aku dok ulang nyanyi lagu yg sama iaitu The Lion Sleep Tonight. Lepas koir esoknya KerulShukor ajak aku ikut dia pi ambik gambaq kahwin. Kali ini majlis bertandang di Bandar Pusat Jengka utk pasangan Hisyam & Midra. Apa pun layan lah gambaq yg tak seberapa dari aku.

jengkajengkajengkajengkajengka

Tahniah kepada pasangan pengantin Hisyam & Midra semoga kekal hingga akhir hayat. Terima kasih Kepada OP KerulShukor bersama lens mata ikan patin nya yang baru.Hehehe

p/s: sebelum tu layan la dulu lagu The Lion Sleeps tonight.Hehehe

Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Azri&Zurie | Temerloh, Pahang.

Salam

Minggu ini aku kat Kedah, Jelapang Padi bercuti di kampung halaman dah lama aku tak balik kampung. Dari Lebuhraya Pantai Timur membelah Banjaran Titiwangsa seterusnya menempuh Lebuhraya Utara Selatan.Sesuatu yg memenatkan kali ini. Terima kasih byk KerulShukor bg peluang aku ambik gambar akad nikah Azri & Zurie. Aku tidoq tak lena jgk sebenarnya nak ambik akad nikah nie. hehehe. Apapun aku cuba buat yg terbaik dengan kemampuan yg terbatas ini. Aku sampai awal dkt rumah pengantin, pukul 10 mlm baru majlis akad nikah bermula.

temerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerlohtemerloh

Sepanjang dkt umah pengantin layanan keluarga pengantin mmg best. Aku siap ada hidangan istimewa kat meja makan. Hehehe Terima Kasih utk keluarga Zuriyani.

Wasalam.

Aznizam Azmi | senseizam
+60134571623
MyEmail : bitzam@gmail.com
MyFlickr : http://www.flickr.com/photos/senseizam
YM : senseizam

Next Page »